Page 21 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 21

Pembangunan Ekonomi dan Sukan                                                          21  | Infomesen
                                                                     “Saya harap negeri lain belajar dari Sarawak
                                                              dan  mereka bukan sahaja cekap,  tetapi  ikhlas
                                                              dalam menyambut kami dan inilah perpaduan yang
                                                              sebenar,” katanya dengan penuh terharu.

                                                                     Labuan kali ini telah membawa seramai enam
                                                              orang perenang muda berusia 14 hingga 16 tahun,
                                                              lima lelaki dan seorang perempuan, yang buat
                                                              pertama kali bertanding dalam kategori terbuka
                                                              dan berjaya memberi saingan hebat kepada atlet
                                                              kebangsaan yang dapat dijadikan pengalaman
                                                              berharga untuk pembangunan atlet muda Labuan.


                                                              FELICIA DAN FLORA FONG: EMAS UNTUK
                                                              SARAWAK


                                                              Bagi dua orang atlet Badminton dari Sarawak
                                                              pula, Felicia Fong Xin Hui, 25, dan Flora Fong Xin Jie,
                                                              24, yang meraih emas dalam kategori Women’s
                                                              Double, menyuarakan rasa bangga mewakili negeri
                                                              kelahirannya.

                                                                     Menurut Felicia, bertanding di bumi sendiri
                                                              memberi  kekuatan  luar  biasa  dan  beliau  mahu
                                                              kemenangan tersebut menjadi hadiah kepada rakyat
                                                              Sarawak yang sentiasa menyokong dan menyemai
          Pengurus Pasukan Renang Labuan Borneo Games dari Labuan,   semangat perpaduan.
                    Alfhian Jeffri Chin, 45, berbangsa Cina
                                                                     Sementara itu, menurut Flora pula, mereka
        SARAWAK SEBAGAI TUAN RUMAH                            mula menceburi dalam bidang sukan Badminton ini
                                                              sejak umur 11 tahun dan sudah melebihi 12 tahun aktif
        Kecekapan Sarawak dalam menggalas dan                 dalam sukan tersebut.
        menjalankan tugas selaku penganjur telah mendapat
        semburan pujian daripada pasukan yang bertanding.            “Kami berdua benar-benar memberikan
        Pengurus Pasukan Renang Labuan Borneo Games           komitmen     sepenuhnya      dalam      persediaan
        dari Labuan, Alfhian Jeffri Chin, 45, menyatakan      menghadapi Borneo Games, dengan latihan intensif
        kekagumannya terhadap penganjuran Sarawak.            selama lebih setengah tahun merangkumi sesi
                                                              renang, gim dan penjagaan pemakanan secara
               “Sejujurnya, kami amat berpuas hati dengan     teratur,  termasuk  pengambilan  diet  berprotein
        penganjuran Sarawak sebagai tuan rumah dan            mengikut jadual demi mencapai sasaran utama untuk
        selepas 12 tahun, Borneo Games dihidupkan semula      membawa pulang pingat emas,” ujar Felicia yang
        dengan penuh bergaya.                                 merupakan adik-beradik bersama Flora dan ia kali
                                                              pertama mereka menyertai Borneo Games.
               “Sarawak menyediakan infrastruktur bertaraf
        antarabangsa yang boleh dijadikan contoh oleh
        negeri-negeri lain di rantau Borneo,” ujarnya ketika
        ditemui.

               Tambahnya,      Sarawak    bukan    sekadar
        menganjurkan       temasya,     tetapi    mencipta
        pengalaman yang tersusun rapi dari penginapan
        hingga ke gelanggang dan yang paling dihargai ialah
        semangat perpaduan yang dirasai apabila para atlet
        dilayan dengan penuh penghargaan dan diterima
        seperti keluarga sendiri.

               Menurut Alfhian lagi, Labuan telah menyertai
        semua acara dengan kekuatan 39 atlet yang
        ditempatkan di Sarawak Sport Village, di mana
        Sarawak telah menyediakan kemudahan lengkap,
        selesa dan sangat sesuai untuk kontinjen, termasuk
        sajian makanan yang memuaskan.                            Felicia Fong Xin Hui (kanan) dan Flora Fong Xin Jie (kiri)
                                                                           ketika ditemui di dalam stadium
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26