Page 35 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 35

Kebudayaan dan Kemasyarakatan                                                          35  | Infomesen

        SUKAR DIPERCAYAI TETAPI BENAR-BENAR
        TERJADI


        Setibanya peserta Narakng di ‘Bantang Nek Bujur’, Eran
        Suut (mantan Ketua Kaum) memberitahu terdapat
        dua peristiwa unik berlaku sepanjang perjalanan
        ‘Narakng’ pada kali ini iaitu peristiwa pertama ialah
        salah seorang peserta telah disengat oleh lebah.

               Peristiwa kedua pula ialah penampakan
        seekor ular yang seolah-olah memerhati, menyertai
        atau mengikuti ‘Narakng’ ini.

               Namun apabila ditegur secara halus oleh
        seorang yang berpengalaman iaitu Ketua Kaum
        Kampung Siru Dayak Nuun Esek, ular tersebut pun
        beredar secara perlahan-lahan.

               Majoriti golongan tua yang menyertai             Limbi panjatkan doa (Nyangahant) di Rumah Adat Kampung Pueh
        perarakan tersebut percaya kehadiran makhluk
        tersebut merupakan suatu petanda yang baik kerana            Walaupun beberapa adat etnik di Sarawak
        tidak mengganggu para peserta.                        ketika ini semakin dilupakan atau tidak diamalkan,
                                                              namun untuk ‘Narakng’ positifnya ia akan diteruskan
        NARAKNG, PETANDA POSITIF AKAN                         pada  masa  hadapan menurut  beberapa  individu
        DITERUSKAN DEMI KELANGSUNGAN ADAT                     yang memberikan pandangan.
        DAN BUDAYA                                                   “Adat itu identiti bangsa dan adat serta

                                                              budaya itu perlu diteruskan oleh generasi muda seperti
        Bagi generasi tua dan yang masih kuat pada adat dan   kami kerana setiap adat mengajar atau bertujuan
        amalan leluhur, mereka amat sayangkan apa sahaja      untuk kebaikan, juga mengimbangi keperluan diri
        amalan atau ritual terdahulu kerana bagi mereka       dan duniawi,” kata Sebastian Limbi atau lebih dikenali
        semua itu akan pupus ditelan peredaran zaman jika     dengan gelaran Bulo, 23 yang sering mengikuti
        tidak diteruskan seperti generasi terdahulu.          ayahnya Limbi ketika upacara atau acara tradisional.

               “Komuniti Salako mewujudkan penempatan                ‘Narakng’  kali ini suatu yang  istimewa  dan
        di Kampung Pueh pada tahun 1875 namun ‘Narakng’       pada masa hadapan wajar untuk melibatkan
        dimulakan di sini pada tahun 1968 hinggalah           dokumentasi daripada pencinta budaya dan juga
        sekarang dan harapan kita bersama agar ‘Narakng’      pihak media.
        ini diteruskan sampai bila-bila untuk tatapan generasi
        akan datang,” ujar Eran Suut.                                Penyertaan daripada komuniti lain jika
                                                              dibenarkan juga akan mendatangkan impak positif
                                                              kepada  keharmonian  sedia  terjalin  di  Sarawak,
                                                              perpaduan dalam kepelbagaian dan ‘Narakgn’
                                                              tahun ini juga memperlihatkan penyertaan kaum lain
                                                              seperti Iban, Kayan, Kenyah, Bisaya, Lun Bawang,
                                                              Kadazan (Sabah), Melayu, Cina dan sebagainya
                                                              menyertai acara ‘Narakng’ anjuran masyarakat
                                                              Salako ini.

                                                                     Menariknya, ‘Narakng’ di sini turut disertai
                                                              ‘Anak Tarakng’ dari negara jiran yang pernah
                                                              beberapa kali mengikuti acara ini kerana mereka
                                                              adalah saudara mara dari kampung seberang Bukit
                                                              Pueh  iaitu  Kampung  Sungai  Bening, Kecamatan
                                                              Sajingan Besar, Sambas, Indonesia.

                                                                     Uniknya ‘Narakng’ pada kali ini wajar
                                                              diteruskan lagi pada tahun hadapan dan anak-anak
                                                              muda Salako disaran agar meneruskan adat dan
                                                              budaya ini yang bukan sahaja untuk tatapan generasi
                                                              akan datang tetapi bertujuan kesinambungan dan
       Tugu peringatan pemimpin-pemimpin terdahulu Kampung Pueh   kelestarian adat warisan leluhur.
       menjadi persinggahan pertama sebaik turun dari rumah panjang
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40