Page 33 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 33
Kebudayaan dan Kemasyarakatan 33 | Infomesen
Ketua Kaum Menjis Demang (empat kiri) bersama sebahagian individu penting yang menjayakan acara ‘Narakng’ ini
Perjalanan melibatkan tiga buah kampung
(Kampung Pueh, Kampung Siru Dayak dan Kampung
Pueh Kenek) dengan jarak melebihi 10 kilometer
bermula dari Bantang Nek Bujur (Rumah Panjang)
menujuke Tumpuk (Kelompok) Sungai Merah, Tumpuk
Balok, Kampung Siru Dayak (Bantang Nek Gima),
Tumpuk Bapiet dalam Kampung Pueh Kenek (Pueh
Kecil), Tanjam dan balik semula ke Bantang Nek Bujur
menjelang tengah hari.
Peserta ‘Narakng’ terpaksa mengharungi
jalan kampung, Lebuh Raya Pan Borneo, memasuki
hutan serta menyeberangi sungai kecil, kebun buah-
buahan dan ladang yang boleh dianggap sebagai
agak mencabar.
Penggunaan alat muzik tradisional Dalu
(canang kecil) pula dimainkan sepanjang perjalanan
dan berhenti seketika di tempat-tempat tertentu.
Beberapa orang Penokok Dalu (pemukul
canang) yang kesemuanya lelaki akan memukul
canang masing – masing mengikut rentak yang telah
ditetapkan. Limbi madah (Pohon kebenaran terlebih dahulu)
di Batu Idu

