Page 32 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 32
Infomesen | 32 Kebudayaan dan Kemasyarakatan
Narakng Binua Kampung
Pueh, adat unik Komuniti
Salako
Oleh: Luhat Ajang
Komuniti Dayak di Sarawak sememangnya terkenal dengan
pelbagai adat dan budaya yang masih dipertahankan
walaupun kemodenan bergerak pantas sepanjang masa dan
komuniti Salako di Lundu tidak terkecuali menyuburkan adat
peninggalan warisan terdahulu.
Sesuatu yang telah berlalu tidak seharusnya dilupakan
sebaliknya perlu diimbas kembali dan diamalkan bagi
individu atau pihak dalam sesebuah komuniti yang masih
mengamalkannya.
Walaupun berlaku pada Jun 2025, ingatan kembali
kepada apa yang telah dilakukan oleh komuniti Salako dalam
melestarikan adat dan budaya harus diceritakan bukan sahaja
kepada kelompok komuniti tersebut tetapi juga kepada semua
pihak terutamanya kepada pencinta budaya.
Tradisi ‘Narakng Binua’ di Kampung Pueh pada tahun ini
merupakan bagaimana komuniti Salako amat mementingkan
kelestarian adat dan budaya apabila mereka yang seramai
600 peserta hadir menyertai acara berjalan kaki beramai-ramai
dari satu lokasi atau tumpuk dalam bahasa Salako, ke lokasi lain
sambil berhibur dan berdoa.
BERTEMAKAN SESAMA MANUSIA DAN PERCAYA
AKAN TUHAN
Bertemakan ‘Pakat Baya Ka Taino, Mampaut Ka Jubata, Ketua Kaum Menjis Demang (empat kiri) bersama sebahagian individu penting yang menjayakan acara ‘Narakng’ ini
Bajejekng Ka Subayatn’ yang bermaksud ‘Bersepakat Sesama
Manusia, Berpegang Teguh Kepercayaan kepada Tuhan,
Bergandingan Tangan Menuju Ke Syurga’, ia merupakan doa
komuniti agar kehidupan aman dan makmur di bawah naungan Jubata (Tuhan dalam kepercayaan lama).
Bukan hanya kepada Tuhan tetapi ‘Narakng’ juga medium untuk berbakti kepada komuniti, sebagai
contoh di mana ia digunakan juga untuk penyebaran berita penting dalam kalangan masyarakat seperti isu
penyakit Rabies dan suatu ketika dahulu, COVID-19, di samping memohon agar tanaman bebas daripada
wabak atau serangga perosak.
PELBAGAI MOMEN MENARIK NARAKNG
‘Narakng’ mungkin sudah cukup dikenali dalam etnik Salako itu sendiri namun ramai pihak termasuk penduduk
di Sarawak yang belum mengetahui sepenuhnya acara atau adat ini.
‘Narakng’ bermula seawal jam 7 pagi di ‘Bantang Nek Bujur’ Kampung Pueh dengan bacaan doa
‘Nyangahant’ dipimpin Ketua Adat Kampung Siru Dayak, Rabin Putun @ Intuh berusia 60 tahun.
Rombongan diketuai Pengarah Huma Kampung Pueh sebagai Ketua Tarakng Limbi Binet, 57, manakala
mantan ketua kaum Eran Suut bertindak sebagai Tukang Nyangahant.
Perarakan pula menjangkaui jarak yang panjang iaitu lebih 10 kilometer dilalui merangkumi Kampung
Pueh, Kampung Siru Dayak dan Kampung Pueh Kenek, diiringi alunan muzik tradisional Dalu (canang kecil).

