Page 38 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 38

Infomesen | 38                                                        Kebudayaan dan Kemasyarakatan

               “Kita kena ada pewaris, kalau tidak, makanan
        tradisi ini akan lenyap,” tegas Ketua Kampung Morni
        lagi.

               Dalam demonstrasi tersebut, mereka juga
        menyatakan hasrat untuk mengkomersialkan kelupis
        Bisaya agar lebih dikenali di negeri-negeri lain.

               “Kami belum ada kedai tetap tetapi jika ada
        permintaan, kami akan pamerkan dan jual.


               “Buat masa ini, kami hanya ambil tempahan
        semasa kenduri arwah cuma belum pernah jual
        secara terbuka,” jelas Penghulu Lalam.


               Selain itu, Nurain Abdullah, 45, seorang wanita
        berketurunan Bisaya, ketika ditemui di tapak program,
        menjelaskan bahawa kelupis Bisaya tidak disediakan
        secara sejuk beku. Sebaliknya, ia dimasak secara
        segar dan dihantar terus kepada pembeli. Sekiranya
        tidak habis dimakan, kelupis boleh disimpan di dalam
        peti sejuk dan digoreng keesokan harinya sehingga
        rangup.

               “Kaedah ini mencerminkan keupayaan
        masyarakat Bisaya untuk menyesuaikan diri dengan
        kemajuan  teknologi  tanpa  mengabaikan  keaslian
        dan nilai tradisi dalam penyediaan makanan warisan         Nurain Abdullah, 45, ketika ditemu ramah oleh penulis
        mereka,” katanya.

               Sehubungan itu, Penghulu Lalam turut
        mengatakan bersempena dengan Pesta Bebulang
        yang telah berlangsung dari 27 hingga 29 Jun lalu
        di Batu Danau, Limbang, pelbagai jenis makanan
        tradisional kaum Bisaya telah dipamerkan dan
        dihidangkan kepada para pengunjung. Hampir
        kesemua juadah yang disediakan adalah halal dan
        sesuai dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat,
        sekali gus mencerminkan keterbukaan budaya serta
        keharmonian komuniti Bisaya dalam meraikan warisan
        nenek moyang mereka secara inklusif dan meriah.

               Di samping itu, penghulu Lalam dan Ketua
        Kampung Morni turut merakamkan penghargaan                  Antara bahan-bahan asas yang digunakan dalam
        kepada pihak Jabatan Penerangan Malaysia                              penyediaan kelupis Bisaya
        Sarawak kerana memberi peluang kepada mereka
        untuk ditemu ramah dan mempromosikan cara-cara
        pembuatan kelupis Bisaya.
               “Kami sangat berterima kasih kerana diberi
        ruang untuk memperkenalkan makanan tradisi kami
        dan ini satu usaha penting untuk memperkukuh
        warisan dan memperkenalkan kelupis Bisaya kepada
        masyarakat luar,” ujar mereka.


               Secara konklusi, kelupis Bisaya bukan sekadar
        makanan, ia adalah warisan hidup yang menyatukan
        generasi, mencerminkan keharmonian masyarakat
        Sarawak dan menjadi lambang Malaysia MADANI
        yang meraikan kepelbagaian dalam kesatuan.
        Dengan usaha berterusan, kelupis Bisaya pasti akan
        terus dikenali, dihargai dan dinikmati oleh generasi      Kelupis Bisaya yang telah siap sepenuhnya, sedia untuk
        akan datang.                                               dihidang sebagai lambang warisan rasa dan budaya
                                                                                   masyarakat
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43