Page 31 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 31
Pembangunan Ekonomi dan Sukan 31 | Infomesen
Gambar pelajar UNIMAS yang datang melawat ke ladang kebun bunga kantan Keren di Jalan Puncak Borneo
PENDAPATAN DAN PERANCANGAN MASA DEPAN
Melihat kejayaan yang dicapainya, Keren merancang untuk memperluaskan lagi ladangnya dan
memperkenalkan produk-produk berasaskan bunga kantan seperti serunding bunga kantan dan minyak pati.
“Saya ingin memanfaatkan teknologi dan media sosial untuk memasarkan produk ini bukan sahaja di
Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa,” ujarnya dengan penuh harapan.
Beliau juga berharap kejayaannya dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita, terutama dari
komuniti peribumi, untuk menceburi bidang pertanian. “Saya ingin menunjukkan bahawa wanita, termasuk
dari komuniti Bidayuh, juga mampu berjaya dalam bidang yang biasanya didominasi oleh lelaki. Dengan
kesungguhan dan keazaman, tiada apa yang mustahil,” katanya mengakhiri temu bual.
Kejayaan Keren dalam penanaman bunga kantan bukan sahaja mengangkat martabat wanita
Bidayuh dalam sektor pertanian tetapi juga membuka mata masyarakat tentang peluang ekonomi yang
terdapat dalam penanaman bunga kantan. Ini menunjukkan bahawa pertanian boleh menjadi satu bidang
yang menguntungkan dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.

