Page 41 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 41
Kebudayaan dan Kemasyarakatan 41 | Infomesen
Pantang larang juga merangkumi pelbagai sebagai panduan hidup yang berguna, selagi tidak
aspek kehidupan seperti cara hidup, perkahwinan, bercanggah dengan syariat. Hal ini menunjukkan
kehamilan, kelahiran, kematian dan perkara-perkara bahawa adat dan budaya masih mempunyai tempat
yang bersifat misteri. Dalam sesetengah kaum, dalam kehidupan moden, asalkan ia difahami secara
terdapat larangan terhadap pemakanan makanan rasional tidak bertentangan dengan prinsip agama.
tertentu seperti ikan patin, ikan keli, daging rusa, kijang
atau ular sawa. Larangan ini mungkin berpunca Kesimpulannya, pantang larang bukan
daripada kepercayaan spiritual, pantang adat atau sekadar satu bentuk larangan, tetapi merupakan
faktor kesihatan dan keselamatan yang diwarisi cerminan budaya, identiti dan nilai sesebuah
secara turun-temurun. masyarakat. Ia mengajar kita untuk berfikir,
menghormati dan memahami bahawa “lain padang
Dewasa ini, dengan peningkatan ilmu dan lain belalang”, yakni setiap kelompok mempunyai cara
kefahaman agama, semakin ramai yang mula serta hikmah tersendiri dalam menjalani kehidupan.
meninggalkan amalan pantang larang yang Maka, dalam usaha membina masyarakat yang
dianggap tidak relevan atau bertentangan dengan bersatu dan harmoni, menghargai warisan budaya
ajaran agama. Namun begitu, masih ada yang adalah langkah penting ke arah memperkukuh jati diri
melihat nilai-nilai tertentu dalam pantang larang bangsa.
Pantang larang masyarakat Melayu - Tidak boleh cederakan Pantang larang masyarakat Melayu - Tidak boleh mandi lewat
binatang nanti anak yang lahir akan cacat. Gambar hiasan malam nanti badan masuk angin. Gambar hiasan
Pantang Larang dalam Masyarakat Melayu
Pantang larang merupakan sebahagian daripada warisan budaya masyarakat Melayu yang sarat dengan
nilai-nilai nasihat dan peringatan, meskipun tidak semuanya berasaskan fakta saintifik. Ia berfungsi sebagai
panduan hidup, khususnya dalam mendidik generasi muda agar lebih berdisiplin dan berhati-hati. Antara
pantang larang yang sering diamalkan termasuklah:
1. Jangan mencederakan haiwan tanpa sebab kerana dipercayai bahawa perbuatan menyakiti haiwan
boleh menyebabkan anak yang bakal dilahirkan mengalami kecacatan.
2. Dilarang keluar rumah ketika waktu senja kerana dianggap sebagai waktu yang ‘keras’ dan dikatakan
boleh mengundang gangguan makhluk halus. Larangan ini sebenarnya bertujuan mengelakkan anak-
anak keluar rumah pada waktu malam demi keselamatan mereka.
3. Jangan melihat gerhana bulan secara langsung kerana terdapat kepercayaan bahawa wanita hamil
yang melihat gerhana bulan akan melahirkan anak yang cacat, buta atau berkulit gelap. Walaupun tidak
berasaskan sains, larangan ini mencerminkan kebimbangan terhadap kesihatan ibu dan anak.
4. Elakkan minum air ketika sedang makan kerana dipercayai bahawa tabiat ini boleh menyebabkan tubuh
menjadi gemuk. Walaupun tidak terbukti secara klinikal, ia mungkin berkait dengan amalan pemakanan
yang lebih tertib.
5. Tidak digalakkan mandi lewat malam kerana boleh menyebabkan badan ‘masuk angin’ atau mudah jatuh
sakit. Larangan ini berfungsi sebagai peringatan agar menjaga kesihatan tubuh.

