Page 45 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 45

Kebudayaan dan Kemasyarakatan                                                          45  | Infomesen

               “Saya datang sejak hari pertama dan
        sudah menyertai semua aktiviti! Rasa bangga
        sungguh kerana Limbang dipilih sebagai tuan
        rumah. Kalau boleh, saya berharap akan
        ada koleksi baju Yang di-Pertuan Agong dan
        Permaisuri Agong di masa akan datang,” ujarnya
        dengan mata bersinar-sinar.


               Lee Fui Wen, 27, seorang pekerja kedai
        aksesori, melihat pameran ini dari perspektif
        yang lebih luas. “Ini sangat hebat untuk
        memperkenalkan institusi raja kepada generasi
        muda. Bukan itu sahaja, secara tidak langsung
        ia turut menjadikan Limbang sebagai destinasi
        pelancongan yang menarik. Ramai orang dari
        luar datang kerana pameran ini!” katanya sambil
        tersenyum.
               Bagi Melki Anderias, 30, seorang Penolong
        Pegawai Tadbir, pameran ini merupakan satu              Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak,
        pengalaman transformatif. “Sejujurnya, kami di       Dato Sri Roland Sagah Wee Inn sedang memberi penerangan kepada
        Sarawak lebih biasa dengan Kesultanan Brunei                         Tuan Yang Terutama Sarawak
        berbanding institusi Yang di-Pertuan Agong.                  Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
        Pameran ini membuka mata kami tentang
        warisan diraja Malaysia.
               “Apa yang menarik, saya dapat
        berinteraksi dengan pelbagai kaum di sini,
        termasuk komuniti  Bisaya dan Melayu  Brunei.
        Ini satu pengalaman yang sangat berharga!”
        katanya penuh semangat.


               Bahkan dari kejauhan, pameran ini
        berjaya menarik perhatian. Liew Guan Tee, 68,
        yang datang dari Lawas, jelas kelihatan begitu
        bersemangat. “Saya terkejut apabila mengetahui
        ada Sultan yang pernah menjadi Agong dua kali,
        dan ada yang hanya memerintah beberapa
        bulan sahaja! Pengetahuan saya tentang institusi
        diraja  bertambah  dengan  drastis,”  katanya
        sambil mengangguk kagum.
               “Saya berharap pameran seperti ini akan       Liew Guan Tee (tiga kiri), bergambar bersama kawannya yang datang
        diadakan di kawasan pedalaman seperti Lawas                          dari Lawas di tapak pameran
        juga. Orang kampung susah nak datang ke
        bandar. Ini pameran yang sangat berbaloi!”

               Sejak dibuka pada 12 hingga 15 Jun
        2025 di Dewan Suarah Limbang, lebih 10,000
        pengunjung direkodkan. Mereka bukan sahaja
        datang dari Limbang, tetapi juga dari Lawas, Miri,
        Brunei, malah Sabah.

               Bukan    replika  semata-mata      yang
        menjadi  tarikan.  Pelbagai  aktiviti  sampingan
        daripada kuiz interaktif, pemeriksaan kesihatan,
        pertandingan mewarna hingga konsert artis
        tempatan menjadikan suasana pameran lebih
        meriah. Malah, para peniaga kecil di Limbang
        turut  meraih  manfaat  daripada  limpahan
        pengunjung yang datang.
                                                                      Melki Anderias salah seorang petugas pameran
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50