Page 48 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 48

Infomesen | 48                                                        Kebudayaan dan Kemasyarakatan

               Warisan, perpaduan dan warna-warni

         Komuniti Dayak di Perarakan Gawai Dayak


                                                       2025


                                                     Oleh: Luhat Ajang


























































                                         Mejar (B) Joshua Uloi gah sebagai Ketua Perarakan


        Mengimbas kembali detik menarik yang pernah terjadi di Kuching pada Jun lalu, ketika itu Tebingan Sungai
        Sarawak bertukar meriah dengan tontonan warna-warni kepelbagaian etnik Dayak di Bumi Kenyalang yang
        memperlihatkan ribuan peserta berhimpun bagi menjayakan Perarakan Gawai Dayak atau Niti Daun 2025.

               Perarakan penuh gemilang itu bukan sekadar perarakan kebudayaan tetapi sebagai lambang
        perpaduan, warisan dan semangat ‘Segulai Sejalai’ atau seiring sejalan berkaitan perpaduan yang lestari
        dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sarawak.

               Prinsip atau konsep ‘Segulai Sejalai’ tidak pernah lari daripada pegangan rakyat Sarawak, malah
        prinsip itu semakin sebati dari hari ke hari dan walaupun berasal daripada bahasa Iban, majoriti rakyat Sarawak
        mengetahui makna di sebaliknya sehinggakan tema perarakan tahun ini ialah ‘Peji Kenep Panau Pegep’ dan
        ‘Segulai Sejalai’.
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53