Page 51 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 51
Kebudayaan dan Kemasyarakatan 51 | Infomesen
Seorang peserta yang ditemui, Christi Lemon
dari komuniti Bidayuh dan berasal dari Singai, Bau
tidak menyangka penyertaan kali pertama pada
tahun ini bersama Persatuan Pewaris Adat Asal
Singai, Bau (PA’AS) memperlihatkan kontinjen
tersebut berjaya merangkul johan setelah naib
johan pada tahun lalu.
“Sesuatu yang tidak disangka, penyertaan
kali pertama bersama PA’AS membuahkan hasil
untuk persatuan dan terima kasih kepada pengerusi
persatuan Edid Ngupel yang memberikan
kepercayaan untuk saya menyertai perarakan kali
ini.
“Kemenangan ini adalah hasil kerjasama
sesama ahli persatuan yang menonjolkan tradisi
sebenar Bidayuh Singai dan kreativiti mereka
membina replika Baruk atau rumah adat Bidayuh
disertakan memori silam melalui replika saluran air
asli mengalir dari batang buluh sehinggakan semua
ini iaitu tradisi kami di Singai membawa kepada
kemenangan kali ini,” kata Christi ketika ditemui.
Sementara itu, Pengerusi PWKS, Kaunselor
Roselyn Long Lah tetap gembira walaupun Raban Betong 2025 Juara Kategori (NGO) Iban
kontinjennya hanya meraih tempat ketiga.
“Apa yang penting bagi kami adalah
memperkenalkan pakaian tradisional wanita
Kayan kepada masyarakat umum dan pelancong
asing yang berada di sini, malah tahun depan
kami akan berusaha lebih gigih untuk tujuan ini,”
katanya.
Pengerusi PKWS Kaunselor Roselyn Long Lah (8 kiri) bersama
pasukannya meraikan kemenangan tempat ketiga
TARIKAN PELANCONGAN DAN AKAN SEMAKIN
MENARIK PADA MASA HADAPAN
Perarakan Gawai atau Niti Daun tahun ini
sememangnya antara tarikan pelancong dalam dan
luar negara kerana kehebatan paparan budaya
tradisional komuniti Dayak di Sarawak, tambahan
pula perarakan ini diadakan dalam suasana komuniti
tersebut masih ‘bergawai’.
Tahun hadapan, etnik Iban akan kembali
menganjurkan perarakan ini dan pasti setiap tahun
perarakan bertambah menarik dengan pelbagai
Christi, anak jati Singai berbangga dapat menyertai kontinjen idea kreatif daripada komuniti Iban, Bidayuh dan
Persatuan Pewaris Adat Asal Singai, Bau ketika Perarakan Orang Ulu.
Gawai Dayak 2025

