Page 50 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 50

Infomesen | 50                                                        Kebudayaan dan Kemasyarakatan


        PENYERTAAN DAYAK SERUMPUN DARI INDONESIA SERLAHKAN LAGI KEUNIKAN PERARAKAN GAWAI

        Suasana perarakan kali ini sememangnya unik kerana penglibatan Dayak Indonesia yang serumpun dengan
        Dayak Sarawak membabitkan penyertaan Pak Setim Ala, Ketua Kontinjen Dayak Kalimantan bersama 70
        peserta.

                “Kami sentiasa bersedia dan tak sabar untuk mengambil bahagian pada tahun-tahun akan datang
        dan kami juga akan menonjolkan lebih banyak kostum tradisional kami berbanding tahun ini,” katanya yang
        berasal dari suku Dayak Kenyah di Kalimantan.

                Sementara itu, Pak Markus dari suku Dayak Kanayatn turut gembira dapat menyertai perarakan ini dan
        secara tidak langsung juga dapat berinteraksi serta berkenalan dengan masyarakat Dayak di sini.


        KEMENANGAN BUKAN MATLAMAT UTAMA

        Seperti penganjuran sebelum ini, setiap kategori Iban, Bidayuh dan Orang Ulu dinilai untuk menentukan johan,
        naib johan dan seterusnya membabitkan hadiah kemenangan iaitu johan RM10,000, naib johan RM5,000,
        tempat ketiga RM3,000 dan sagu hati RM1,000.

                Bagi kategori NGO Iban, johan dirangkul kontinjen Raban Betong 2025 yang merupakan juara bertahan
        dari 2024, naib johan disandang GOASS: Persatuan Etnik Dayak Asal Sarawak (PEDAS), tempat ketiga Sarawak
        Dayak National Union (SDNU) Bahagian Belia, manakala sagu hati ASADIA (HQ) dan SDNU Cawangan Bandar
        Riyal.

                Untuk kategori NGO Bidayuh pula, johan dimenangi naib johan 2024 iaitu Persatuan Pewaris Adat Asal
        Singai, Bau (PA’AS), naib johan DBNA Cawangan Penrissen, tempat ketiga DBNA Cawangan Siburan, manakala
        sagu hati kepada DBNA Cawangan Serapi dan Kelab Rekreasi Pengguna dan Pengurusan Dewan Serba Guna
        Kampung Tematu.

                Persatuan Tagal Okolod Sarawak (PTOS) memenangi johan kategori NGO Orang Ulu, naib johan
        Persatuan Lahanan Sarawak (PLAS), tempat ketiga Persatuan Wanita Kayan Sarawak (PWKS) dan Orang Ulu
        Warrior serta Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak (PKKS) masing-masing membawa pulang sagu hati.

                Beberapa peserta yang ditemui berkata penyertaan adalah lebih penting berbanding kemenangan
        kerana inilah ruang dan peluang mereka menonjolkan apa sahaja yang unik berkaitan budaya, kostum
        dan aksesori komuniti masing-masing walaupun tidak dinafikan kemenangan juga sebagai motivasi untuk
        meneruskan penyertaan pada tahun hadapan.





































                                   Premier Sarawak memukul Gong simbolik bermulanya perarakan
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55