Page 11 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 11

Inisiatif Kerajaan                                                                     11  | Infomesen


               Logo baharu AirBorneo dengan slogan ‘Borneo for You’ mencerminkan visi untuk menghubungkan
        Sarawak dengan dunia melalui perjalanan yang bermakna, meraikan budaya dan komuniti. Identiti jenama
        menampilkan warna dan motif Sarawak sebagai simbol perpaduan dan kepelbagaian.

               Reka  bentuk  ‘Wings  of  Unity’  yang  diinspirasikan daripada alam  dan  budaya  melambangkan
        kebebasan, inovasi dan keterhubungan. Berpaksikan akar warisan, ia menggabungkan elemen alam sebagai
        lambang keharmonian, ketahanan dan kemajuan, nilai teras AirBorneo.

               Akhir kata, pelancaran AirBorneo yang diumumkan oleh Premier Sarawak ini menandakan langkah
        penting dalam usaha Sarawak untuk memperkukuhkan kedudukan negeri dalam industri penerbangan dan
        meningkatkan kesalinghubungan serta ekonomi negeri. Dengan sokongan infrastruktur dan tenaga kerja yang
        berkemahiran tinggi, AirBorneo dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan industri penerbangan
        yang lebih kompetitif dan inovatif di Sarawak.










































 Upacara Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli di antara Kerajaan Sarawak diwakili oleh
 Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki (kiri, depan) dan   Premier Sarawak melakukan simbolik pengenalan logo rasmi AirBorneo. Turut kelihatan (dari kanan), Datuk Amar Awang Tengah Ali
 Malaysia Aviation Group (MAG) diwakili Kumpulan Pengurusan Pengarah Malaysia Aviation   Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki
 Group Berhad, Datuk Kapten Izham Ismail (kanan, depan)























                                              Logo rasmi AirBorneo - Wings of Unity
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16