Page 10 - Sambutan Hari Malaysia 2025
P. 10
Perutusan
YANG AMAT BERHORMAT
PREMIER SARAWAK
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam Segulai Sejalai
Salam Sarawak Maju Makmur
Pada setiap 16 September, rakyat Malaysia dari Perlis hinggalah ke Sabah dan Sarawak
menyambut Hari Malaysia dengan penuh kesyukuran serta semangat perpaduan.
Hari Malaysia bukan sekadar peringatan sejarah malah simbol pengiktirafan terhadap
peranan penting bagi wilayah ini dalam pembentukan negara.
Justeru, marilah kita menjadikan sambutan Hari Malaysia sebagai landasan untuk
memperkukuh persefahaman, memupuk semangat kebersamaan serta menyalakan
obor harapan demi masa depan bangsa yang lebih gemilang.
Kita kini berhadapan dengan cabaran dunia yang semakin kompleks baik dari aspek
ekonomi, teknologi dan perubahan sosial. Namun, dengan semangat Malaysia MADANI
yang menekankan kesejahteraan, keharmonian dan kemajuan bersama saya yakin
kita mampu melangkah lebih jauh.
Semoga Malaysia terus diberkati, dipayungi dengan keamanan serta dipacu ke arah
kejayaan yang lebih cemerlang.
Selamat menyambut Hari Malaysia.
TAN SRI DATUK PATINGGI (DR.) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI
BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG
8 Sambutan Hari malaySia 2025

