Page 12 - Sambutan Hari Malaysia 2025
P. 12

Perutusan



                                         YANG AMAT BERHORMAT
                                      KETUA MENTERI PULAU PINANG
                                    MERANGKAP PENGERUSI BERSAMA
                                     SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2025




          Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia MADANI

          Saya amat berbesar hati dapat mencoret sepatah dua kata dalam naskah buku kecil
          Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2025, yang mana negeri Pulau Pinang
          diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah pada temasya berkaitan tahun ini.
          Pemilihan ini bukan sahaja mengiktiraf peranan Pulau Pinang dalam pembangunan
          negara, malah menzahirkan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya, sejarah
          dan masyarakat yang menjadi kekuatan negeri ini. Malah, seiring dengan gagasan Visi
          Penang2030 berlandaskan matlamat menjadikan negeri ini berdaya huni, hijau, pintar dan
          berorientasikan keluarga, hasrat berkaitan adalah selari dengan semangat Hari Malaysia
          iaitu membina masa depan bersama, berasaskan nilai kebersamaan, kesejahteraan
          rakyat, pembangunan seimbang dan kemakmuran yang dikongsi.

          Selaras itu, inilah juga denyut nadi Malaysia MADANI iaitu sebuah gagasan nasional yang
          menekankan Kesejahteraan, Hormat, Ihsan, Kasih Sayang, Keadilan dan Kelestarian.
          Gagasan semangat Malaysia MADANI bergerak seiring, membawa mesej sama, membina
          kejayaan bukan hanya untuk hari ini, tetapi juga demi masa depan yang lebih makmur
          dan gemilang.
          Inilah wajah Malaysia yang kita impikan iaitu sebuah negara yang makmur, inklusif serta
          harmoni, menjadi lambang keharmonian masyarakat berbilang kaum, yang mana
          perpaduan bukan sahaja menjadi asas kejayaan bersama, sebaliknya juga penyumbang
          kepada kestabilan dan pembangunan negara Malaysia secara keseluruhan.
          Sebagai penutup kata, marilah kita menzahirkan rasa cinta yang mendalam terhadap
          tanah air tercinta ini. Semoga Malaysia yang kita bina bersama sentiasa dipelihara,
          diberkati dengan keamanan, dikurniakan kemakmuran serta kekal utuh dengan perpaduan
          yang tidak tergugat.
          Selamat menyambut Hari Malaysia.

          TUAN CHOW KON YEOW

      10   Sambutan Hari malaySia 2025
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17