Page 11 - Sambutan Hari Malaysia 2025
P. 11

Perutusan



                                     YANG AMAT BERHORMAT
                                       KETUA MENTERI SABAH





          Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
          Salam Malaysia MADANI
          Salam Sabah Maju Jaya
          Tahun 2025 menandakan 62 tahun penyatuan Sabah, Sarawak dan Semenanjung dalam
          membentuk Malaysia. Pembentukan ini merupakan sebuah perjalanan bersejarah yang
          membuktikan keteguhan semangat persaudaraan rakyat dalam membina negara bangsa.

          Saya bersyukur kerana Sabah melangkah ke hadapan melalui pelaksanaan Pelan
          Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0, yang menjadi panduan kerajaan dalam
          memacu pembangunan negeri Sabah. Melalui dasar ini, kerajaan berusaha untuk
          memperkukuhkan ekonomi, mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan memperkasa
          pembangunan yang lestari. Pencapaian dalam bidang ekonomi melalui sektor pertanian,
          perindustrian dan pelancongan selain aspek pendidikan dan kesejahteraan rakyat, telah
          memberi keyakinan bahawa negeri ini berada pada landasan yang kukuh untuk terus maju.

          Sabah, Negeri di Bawah Bayu terus kekal menjadi nadi penting dalam pembangunan
          Malaysia melalui kekuatan kepelbagaian etnik dan budaya, di samping kekayaan sumber
          alam semula jadi yang dimiliki. Namun, kejayaan sebenar terletak pada semangat
          perpaduan rakyat. Justeru, marilah kita terus menghargai keharmonian di negara ini
          dan bersama-sama memacu Malaysia ke arah kemajuan yang inklusif serta lestari.

          Semoga sambutan Hari Malaysia pada tahun ini memberi inspirasi dan kekuatan baharu
          kepada kita semua dalam meneruskan perjuangan untuk memastikan masa depan
          negara yang lebih cemerlang. Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat
          perpaduan dan terus bekerja keras demi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah
          negara yang makmur, berdaulat, dan dihormati di peringkat antarabangsa.
          Selamat menyambut Hari Malaysia!

          DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI BIN HAJI NOOR


                                                            Sambutan Hari malaySia 2025  9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16