Page 9 - Sambutan Hari Malaysia 2025
P. 9
Justeru, mari bersama pertahankan kedaulatan, keamanan dan kemakmuran yang
dikecapi selama ini. Usaha dan main peranan sebaiknya dalam mendakap serta
meraikan kepelbagaian, memanfaat perbezaan ras dan budaya sebagai sumber
kekuatan untuk membina sebuah tatanan yang sejahtera dan moden.
Kerajaan MADANI kekal bertekad teguh dalam memastikan kesejahteraan setiap rakyat
itu terjamin dan dinikmati. Namun, segala usaha ini tentunya menuntut penyertaan
bersama kita semua dalam memungkinkan hasrat murni itu tercapai, diolah dan
diterjemah sebaiknya.
Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia!
ANWAR IBRAHIM
Sambutan Hari malaySia 2025 7

