Page 13 - Sambutan Hari Malaysia 2025
P. 13
Perutusan
YANG BERHORMAT
MENTERI KOMUNIKASI MERANGKAP
PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN
DAN HARI MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI
Syukur Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi dapat meraikan
Hari Malaysia dalam suasana aman dan makmur.
Sambutan Hari Malaysia ialah manifestasi semangat perpaduan dan kecintaan kepada
tanah air, hasil penyatuan seluruh warganegara.
Tahun ini, giliran negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Pulau Pinang untuk menjadi
tuan rumah.
Sebelum ini, sambutan diadakan di Kuching, Sarawak pada 2023 dan Kota Kinabalu,
Sabah pada 2024.
Saya berharap agar semangat cinta akan tanah air ini terus subur dalam diri kita semua,
meskipun sambutan bulan kebangsaan telah sampai ke penghujungnya.
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
(HKHM 2025), saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
sokongan serta komitmen semua pihak yang terlibat menjayakan Sambutan Hari
Malaysia 2025, khususnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Marilah kita bersama-sama memohon ke hadrat Allah SWT agar Malaysia terus damai,
selamat dan sejahtera, serta dipelihara daripada segala bentuk ancaman, bencana,
perpecahan dan kemudaratan.
Selamat Hari Malaysia!
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.
FAHMI FADZIL
Sambutan Hari malaySia 2025 11

