Page 11 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 1/2025 - Rang Undang-Undang
P. 11
RUU Pemerangkapan, Penggunaan dan
Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025
Tarikh Lulus Tarikh Lulus Tarikh Kuat Kuasa/
Dewan Rakyat Dewan Negara Status
6 Mac 2025 25 Mac 2025 -
RUU ini bertujuan untuk mewujudkan kerangka perundangan bagi
teknologi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon
(CCUS) di Malaysia, selaras dengan sasaran negara untuk mencapai
pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
RUU ini memperuntukkan penubuhan Agensi CCUS Malaysia (MyCCUS)
yang akan bertanggungjawab dalam pelesenan, pemantauan, dan
pematuhan aktiviti CCUS di seluruh negara.
RUU ini juga menyokong pelaksanaan cukai karbon menjelang 2026 dan
menjadikan Malaysia sebagai hab penyimpanan karbon serantau.
RANG UNDANG-UNDANG | 11

