Page 9 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 1/2025 - Rang Undang-Undang
P. 9
RUU Majlis Perundingan Gaji Negara
(Pindaan) 2024
Tarikh Lulus Tarikh Lulus Tarikh Kuat Kuasa/
Dewan Rakyat Dewan Negara Status
5 Disember 2024 - Belum diumumkan
Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan)
2024 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 5 Disember 2024, bertujuan
memperluas skop perlindungan gaji minimum kepada pekerja kontrak
perantisan atau ‘apprenticeship’.
Pindaan ini melibatkan pengubahsuaian definisi “kontrak perkhidmatan”
dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), bagi memastikan
pekerja dalam kategori tersebut turut dilindungi di bawah perintah
gaji minimum. Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam
memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan memastikan keadilan
dalam struktur gaji bagi semua golongan pekerja, termasuk mereka yang
terlibat dalam program latihan kemahiran.
Sebelum ini, kerajaan terdahulu telah mengumumkan pelaksanaan gaji
minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei 2022 di seluruh negara, dengan
pengecualian diberikan kepada majikan yang mempunyai kurang daripada
lima pekerja.
Pelaksanaan kuat kuasa Perintah Gaji Minimum bagi majikan yang
menggajikan kurang lima pekerja telah ditangguhkan daripada 1 Januari
2023 kepada 1 Julai 2023.
Kerajaan kemudian mengambil keputusan untuk menaikkan lagi kadar
gaji minimum kepada RM1,700 pada tahun 2025.
RANG UNDANG-UNDANG | 9

