Page 8 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 1/2025 - Rang Undang-Undang
P. 8
RUU Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) (Pindaan) 2025
Tarikh Lulus Tarikh Lulus Tarikh Kuat Kuasa/
Dewan Rakyat Dewan Negara Status
6 Mac 2025 24 Mac 2025 Belum diumumkan
Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)
2025 diluluskan bagi memperkukuh perlindungan sosial pekerja bukan
warganegara di Malaysia. Pindaan ini mewajibkan caruman KWSP bagi
pekerja asing dengan kadar dua peratus oleh majikan dan dua peratus
oleh pekerja, berbanding sebelum ini yang bersifat sukarela. Langkah
ini bertujuan memastikan keadilan dalam sistem perlindungan sosial,
menggalakkan pengambilan pekerja tempatan, serta mengurangkan
eksploitasi pekerja asing.
Selain itu, pekerja bukan warganegara dibenarkan mengeluarkan simpanan
KWSP mereka apabila mencapai umur 55 tahun atau setelah tamat
tempoh permit kerja.
8 | INISIATIF SEJAHTERA MALAYSIA MADANI 2025

