Page 4 - KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA
P. 4
PRAKATA
Kod Etika Wartawan Malaysia
adalah satu kod etika wartawan
baharu yang diwujudkan oleh
Jabatan Penerangan Malaysia
(JaPen) selaras dengan peranan
JaPen sebagai agensi yang
bertanggungjawab dalam
menerajui pengurusan media
di Malaysia. JaPen juga telah
memperkenalkan Kad Perakuan
Media (KPM) sebagai dokumen
pengenalan diri pengamal media
dari agensi media yang berdaftar
dengan kerajaan.
JaPen telah menggunakan Etika Kewartawanan Malaysia 1989 yang
diterbitkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) sebagai punca kuasa
pengeluaran serta pembatalan KPM.
Sebagai langkah penambahbaikan dan selaras dengan situasi
semasa, satu dokumen etika wartawan yang baharu perlu diwujudkan.
Sehubungan itu, JaPen dengan kerjasama beberapa pihak berkaitan
telah meneliti dan memperhalusi kod etika wartawan yang baharu agar
ianya lebih seimbang dan relevan untuk diguna pakai oleh pengamal
media pada masa kini. Kod etika wartawan ini juga akan digunakan
sebagai dokumen rasmi bagi urusan permohonan KPM yang dikeluarkan
oleh JaPen.
i

