Page 5 - KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA
P. 5

Pasukan Petugas Penggubalan Draf Kod Etika Wartawan Malaysia
          telah diperkenalkan dan beberapa siri Sesi Libat Urus Penggubalan
          Kod Etika Wartawan Malaysia telah diadakan untuk menghasilkan satu
          kod etika yang komprehensif. Kod Etika Wartawan Malaysia juga perlu
          dijadikan sebagai garis panduan yang berguna untuk pengamal media
          dalam menuntut mereka melaksanakan tugas secara profesional dan
          beretika. Maklumat yang disampaikan oleh wartawan perlulah dari
          sumber yang sahih walaupun teknologi penyampaian maklumat telah
          mengalami perubahan pesat.


                 Syabas dan tahniah kepada JaPen atas usaha menerbitkan
          dokumen Kod Etika Wartawan Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan
          kepada jabatan/agensi yang telah memberi sokongan dan kerjasama
          dalam menerbitkan Kod Etika Wartawan Malaysia


             •   Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)
             •   Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
             •   Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
             •   Universiti Sains Malaysia (USM)
             •   Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
             •   Malaysian Press Institute (MPI)
             •   National Union of Journalists Malaysia (NUJM)
             •   Majlis Media Malaysia (MMM)
             •   Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)


                 Semoga  kod  etika  wartawan  ini  dapat  dijadikan  rujukan  oleh
          pengamal media dalam memastikan pemberitaan dan penyampaian
          maklumat yang beretika dan berintegriti.


          FAHMI FADZIL
          MENTERI KOMUNIKASI



                                           ii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10