Page 7 - KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA
P. 7
PRINSIP UTAMA
Bahawasanya wartawan Malaysia mendukung Perlembagaan, prinsip-
prinsip Rukun Negara dan cita-cita nasional yang terkandung di
dalamnya;
Menyedari peranannya untuk memberi sumbangan kepada proses
membina negara;
Menyedari kewajipannya untuk memberi sepenuh sumbangan dalam
memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan nasional;
Menyedari pentingnya masyarakat liberal, toleran, demokratis dan
peranan tradisi kewartawanan bebas dan tanggungjawab yang
berkhidmat untuk rakyat dan melaporkan fakta-fakta yang benar secara
objektif;
Menyedari bahawa kewartawanan yang amanah adalah suatu aset
kepada negara;
Menyedari bahawa tiada sebarang sekatan boleh diadakan bagi
penyertaan seseorang dalam profesion kewartawanan;
Menyedari kewajipan komuniti wartawan untuk memberi sumbangan
kepada penggubalan sesuatu dasar negara;
2

