Page 8 - KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA
P. 8

Maka  dengan  ini,  wartawan  mempunyai  tanggungjawab  seperti  yang
          berikut:


          1.  Wartawan  bertanggungjawab  menjadi  suara  masyarakat  majmuk
             serta ejen pemudah cara dialog.
          2.  Wartawan hendaklah telus dan berintegriti ketika menjalankan
             tugas.
          3.  Wartawan digalakkan berusaha secara konsisten untuk berlaku adil
             dalam menyampaikan informasi.
          4.  Pemberitaan tidak boleh dipengaruhi kepentingan peribadi.
          5.  Kesahihan dan ketepatan maklumat perlu disemak.
          6.  Wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
          7.  Wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang
             berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka.
          8.  Wartawan  perlu memberikan keutamaan  untuk meningkatkan
             kemahiran kewartawanan secara berterusan.

































                                          3
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13