Page 9 - KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA
P. 9

LATAR BELAKANG



          Wartawan  mempunyai  tanggungjawab  sosial  yang  besar  dalam
          memberikan  informasi  yang  tepat,  bermanfaat  dan  sesuai  untuk
          pembangunan masyarakat yang mapan dan sejahtera. Mereka dituntut
          untuk  menjalankan  tugas    dan    membuat    setiap    keputusan  dalam
          kerjaya di bawah kawalan, pemilikan dan pengaruh daripada pelbagai
          pemegang taruh. Hakikatnya, landskap media di Malaysia yang unik
          memberikan cabaran besar  kepada wartawan untuk kekal bebas serta
          profesional dalam membuat laporan.


                 Kod Etika Wartawan Malaysia merupakan kali pertama dikemas
          kini semenjak diperkenalkan pada tahun 1989. Kod Etika Wartawan
          Malaysia ini berperanan penting dalam memerihalkan tanggungjawab
          wartawan sebagai suara rakyat. Sesuai dengan perkembangan teknologi
          terkini, Kod Etika Wartawan Malaysia turut dilihat sebagai satu panduan
          kepada wartawan untuk mendepani cabaran teknologi dalam kerjaya
          mereka.


                 Secara   keseluruhannya,   etika   wartawan    berlandaskan
          tanggungjawab  wartawan  dalam  pemberitaan  dan  pelaporan.  Antara
          tanggungjawab  yang  diutamakan  oleh  para  wartawan  ialah  laporan
          berita secara seimbang, adil, berkredibiliti, jujur serta menghormati
          kerahsiaan sumber.


                 Berikut merupakan lapan (8) etika kewartawanan yang digariskan
          selepas meneliti Kod Etika Kewartawan Malaysia oleh MPI, Elements of
          Journalism daripada Nieman Reports (2001) dan kajian perbandingan
          etika kewartawanan yang digunakan di beberapa buah negara Asia yang
          lain seperti India, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam,
          Korea Selatan dan Jepun.


                                          4
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14