Page 16 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 16

Infomesen | 16                                                                           Inisiatif Kerajaan


                                                              Nama: Kuan Siew Fong
                                                              Umur: 68
                                                              Bangsa: Cina
                                                              Pekerjaan: Warga Emas


                                                              “Kami sangat gembira dapat buat rombongan ke
                                                              Serian dengan menaiki BAS.MY. Dulu susah juga nak
                                                              rancang perjalanan sebab tiada pengangkutan
                                                              yang tetap, tapi sekarang dengan adanya bas ‘pink’
                                                              ini, kami boleh berjalan-jalan bersama kawan-kawan
                                                              tanpa perlu risau.

                                                              Basnya sangat selesa, bersih dan menepati masa,
                                                              memang sampai ke destinasi ikut jadual. Tambang pun
                                                              percuma untuk warga emas macam kami, cuma perlu
                                                              daftar kad tambang dengan bayaran RM20 sahaja.


                                                              Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin
                                                              dengan keperluan warga emas seperti kami. Harap
                                                              perkhidmatan ini dapat diteruskan dan diperluaskan
                                                              ke lebih banyak kawasan kampung.”














         Nama: Singka Rinnoh
         Umur: 44
         Pekerjaan: Pemandu BAS.MY


         “Saya  mula menjadi pemandu  BAS.MY  sejak
         bermulanya  perkhidmatan  bas  berwarna  merah
         jambu ini,” kata Singka yang berasal dari Kampung
         Rasau, Serian.

         “Setiap hari saya mula berkhidmat seawal pukul 5
         pagi, dan trip terakhir akan tiba semula di Serian sekitar
         pukul 10 malam.

         Sambutan daripada orang ramai semakin baik,
         terutamanya warga emas dan pelajar institusi
         pengajian tinggi. Mereka diberi kemudahan tambang
         percuma dengan hanya mendaftar kad khas yang
         berharga RM20 sahaja.”

         Menurut Singka, laluan bas dari Serian ke Kuching
         turut melalui beberapa hentian penting seperti Batu
         15, Pusat Jantung, pasar raya Emart Tabuan, pusat
         beli-belah Vivacity dan The Spring.

         “Perkhidmatan ini bukan sahaja memudahkan urusan
         harian, malah memberi peluang kepada lebih ramai
         penduduk luar  bandar  untuk bergerak dengan
         selesa dan selamat. Saya berbangga dapat menjadi
         sebahagian daripada inisiatif ini yang benar-benar
         memberi manfaat kepada masyarakat.”
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21