Page 29 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 29

Pembangunan Ekonomi dan Sukan                                                          29  | Infomesen























































               Setiap minggu, Keren menuai bunga
        kantan sebanyak tiga kali dengan jumlah kasar
        sekitar 200 kilogram setiap kali menuai. Dengan
        harga RM3 sekilogram, beliau mampu meraih
        pendapatan bulanan antara RM4,000 hingga
        RM10,000 bergantung kepada hasil tuaian dan
        permintaan pasaran.

               “Penanaman bunga kantan ini tidak
        hanya memberikan pendapatan yang baik,
        tetapi juga memberikan kepuasan kerana saya
        dapat melihat hasil usaha saya berkembang
        setiap hari,” tambah beliau.

        MINAT DALAM BIDANG PERTANIAN DAN ASAS
        TANI

        Sejak kecil lagi, Keren telah menunjukkan minat
        yang  mendalam  dalam  bidang  pertanian.
        Minat ini menjadi asas yang kukuh untuk beliau
        meneroka dunia penanaman bunga kantan.

               “Saya memang minat dalam bidang
        pertanian sejak kecil lagi. Minat ini menjadi     Keren Bernard Basu, usahawan bunga kantan dari Kampung Abang,
        asas yang kukuh untuk saya terus berusaha dan                            Padawan
        belajar tentang penanaman bunga kantan,”
        katanya.
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34