Page 28 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 28
Infomesen | 28 Pembangunan Ekonomi dan Sukan
Produk bunga kantan yang telah dituai dan bersedia untuk dijual kepada pemborong
Kejayaan dalam penanaman bunga kantan di
Kampung Abang, Padawan
Oleh: Dr. Ngalih Tingi
Keren Bernard Basu, seorang usahawan wanita HASIL TEMU BUAL
Bidayuh yang berusia 48 tahun dari Kampung Abang,
Padawan, telah membuktikan bahawa kesungguhan Ketika ditemu bual, Keren berkongsi pengalamannya
dan dedikasi mampu membawa kejayaan dalam dalam menceburi bidang penanaman bunga kantan
bidang pertanian. Bekas pekerja swasta ini telah selama 10 tahun.
menceburi penanaman bunga kantan sejak 10 tahun
lalu dan kini menikmati pendapatan yang stabil dan “Pada awalnya, saya hanya menanam
lumayan. dua puluh anak pokok kantan yang diberikan oleh
seorang rakan. Tanaman ini awalnya saya tanam di
Penanaman bunga kantan yang dilakukan kebun saya atas minat peribadi, namun semangat
oleh Keren telah menjadi sumber pendapatan utama saya semakin berkobar apabila mendapat sambutan
beliau dan keluarganya. yang menggalakkan. Saya kemudian memperluas
kawasan tanaman ini dengan harapan dapat
“Saya memulakan penanaman bunga meningkatkan pendapatan keluarga. Sekarang,
kantan sebagai usaha untuk mencari pendapatan dengan permintaan yang semakin meningkat, saya
tambahan. Ternyata keputusan ini adalah yang menguruskan tanah seluas enam ekar di Jalan Puncak
terbaik kerana bunga kantan mempunyai permintaan Borneo,” katanya.
yang tinggi di pasaran,” kata Keren ketika ditemu bual
di ladangnya yang subur dan terurus.

