Page 3 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 3/2025 Perdagangan dan Pelaburan Malaysia
P. 3
Selain itu, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif
Malaysia-Emiriah Arab Bersatu dijangka merangsang perdagangan
dua hala, dengan peningkatan sekurang-kurangnya 60 peratus
dalam tempoh lima tahun akan datang.
Pada tahun 2023, Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan rakan
dagang kedua terbesar Malaysia di Timur Tengah, dengan jumlah
dagangan mencecah RM39.63 bilion (ASD8.67 bilion). Malaysia
pula berada di kedudukan keempat sebagai rakan dagang UAE
dalam kalangan Negara-negara Anggota ASEAN dan ke-32
terbesar di peringkat global.
PERDAGANGAN DAN PELABURAN MALAYSIA | 3

