Page 5 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 3/2025 Perdagangan dan Pelaburan Malaysia
P. 5
19 - 20 Januari 2025
Lawatan Kerja Perdana Menteri ke Belgium
Penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan
Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) serta pelanjutan
pelaksanaan Peraturan EU Deforestation-free Regulation
(EUDR) bakal memberi manfaat kepada 300,000 pengusaha
kecil di Malaysia. Langkah ini memperkukuh akses pasaran dan
memastikan perdagangan yang lebih mampan, sejajar dengan
komitmen global terhadap kelestarian alam sekitar.
Dari Januari hingga November 2024, jumlah perdagangan Malaysia
dengan Kesatuan Eropah (EU), termasuk Belgium, mencatat
nilai sebanyak RM200 bilion (USD43.71 bilion), mencerminkan
kepentingan hubungan dagangan antara kedua-dua pihak.
Sehingga kini, sebanyak 1,345 projek pembuatan yang melibatkan
EU telah dilaksanakan di Malaysia, dengan jumlah pelaburan
mencecah RM239.90 bilion (USD59.80 bilion). Pelaburan ini telah
mewujudkan 155,933 peluang pekerjaan, mengukuhkan lagi
Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelabur asing dalam sektor
perindustrian dan teknologi.
PERDAGANGAN DAN PELABURAN MALAYSIA | 5

