Page 4 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 3/2025 Perdagangan dan Pelaburan Malaysia
P. 4
15 - 19 Januari 2025
Lawatan Kerja Perdana Menteri ke United Kingdom, London
Lawatan Perdana Menteri ke United Kingdom (UK) berjaya menarik
potensi pelaburan sebanyak RM11 bilion, merangkumi pelbagai sektor
seperti tenaga boleh baharu dan ekonomi digital yang membuka
peluang baharu untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Selain itu, nilai potensi eksport sebanyak RM500 juta dijangka
diperolehi dalam tempoh lima tahun akan datang, meliputi peralatan
dan komponen pesawat, perabot, makanan, dan minuman seterusnya
memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam
perdagangan global.
Perdagangan antara kedua-dua negara juga dijangka meningkat
dengan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Komprehensif dan
Progresif Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), yang memudahkan
kontrak, urusan profesional, serta penghantaran barangan ke
Malaysia.
Di bawah CPTPP, barangan seperti minyak kelapa sawit dan getah
Malaysia, yang sebelum ini dikenakan tarif sebanyak 12 peratus dan
6.5 peratus, kini mendapat akses sifar tarif ke pasaran UK sekali gus
memperkukuh daya saing industri eksport negara.
4 | INISIATIF SEJAHTERA MALAYSIA MADANI 2025

