Page 2 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 6/2025 Pembinaan Rumah Mampu Milik
P. 2

Program Residensi Rakyat (PRR)




         Program Residensi Rakyat (PRR) adalah sebuah inisiatif perumahan
         awam oleh Kerajaan MADANI dibawah perlaksanaan Kementerian
         Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang direka untuk
         menyediakan kediaman yang selesa dan berkualiti kepada golongan
         berpendapatan rendah. Program ini adalah penjenamaan semula
         dan penambahbaikan daripada Program Perumahan Rakyat (PPR)
         yang sedia ada.



                           Kelayakan Permohonan :




                               Warganegara Malaysia:
              Pemohon dan pasangan mestilah warganegara Malaysia.



                                        Umur:
                         Pemohon berusia 18 tahun ke atas.



                               Pendapatan isi rumah:
            Had pendapatan isi rumah bulanan ditetapkan, contohnya di
            bawah RM3,000 atau sehingga RM8,000 sebulan bergantung
                               kepada skim atau lokasi.



                                  Pemilikan rumah:
               Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah.


              Beberapa negeri mungkin mempunyai syarat tambahan
           berdasarkan kriteria tempatan seperti tempat lahir, bekerja, atau
                    berdaftar sebagai pengundi di negeri tersebut








         2  |  INISIATIF SEJAHTERA MALAYSIA MADANI 2025
   1   2   3   4   5   6   7