Page 6 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 6/2025 Pembinaan Rumah Mampu Milik
P. 6
Rumah Mampu Milik
Rumah Belia Madani Dan Residensi Wilayah
Rumah Belia MADANI adalah salah satu inisiatif Kerajaan MADANI yang
bertujuan untuk membantu golongan belia, terutamanya yang baru
memulakan kerjaya dan berpendapatan sederhana, untuk memiliki
kediaman sendiri atau mendapatkan tempat tinggal transit yang mampu
milik.
Residensi Wilayah adalah satu program perumahan mampu milik yang
dikhususkan untuk warga Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur,
Putrajaya, dan Labuan. Program ini dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP
(Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan), dan telah dijenamakan
semula sebagai Residensi Wilayah pada tahun 2019.
3,044 UNIT RUMAH PROJEK PERUMAHAN
BELIA & MAMPU MILIK DI MUKIM BATU
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan Majlis
Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah
Mampu Milik di Mukim Batu, Kuala Lumpur. Majlis ini turut dihadiri oleh
Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Wilayah
6 | INISIATIF SEJAHTERA MALAYSIA MADANI 2025

