Page 7 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 6/2025 Pembinaan Rumah Mampu Milik
P. 7
Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri
Dr Maimunah Mohd Sharif dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia,
Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.
Projek ini merangkumi pembinaan dua blok Rumah Belia MADANI
sebanyak 1,048 unit dan tiga blok Rumah Mampu Milik yang berkeluasan
820 kaki persegi sebanyak 1,996 unit, menjadikan jumlah keseluruhan
3,044 unit kediaman. Kemudahan seperti dewan serbaguna, surau, dobi,
dan gerai MADANI turut disediakan. Sebanyak 20% daripada unit ini
diperuntukkan kepada anggota ATM dan PDRM.
Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Perpaduan
dalam merealisasikan sasaran penyediaan 500,000 unit rumah mampu
milik di seluruh negara, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI yang
menekankan kesejahteraan rakyat dan keterangkuman sosial.
700 ORANG MENERIMA KUNCI RUMAH
UNTUK PROJEK RESIDENSI SERUNI
Pada 9 Februari 2025, seramai 700 pembeli menerima kunci untuk unit
Rumah Residensi Seruni di Rejang Setapak, Kuala Lumpur.
PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK | 7

