Page 3 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 6/2025 Pembinaan Rumah Mampu Milik
P. 3
PERUMAHAN RESIDENSI RAKYAT (PRR)
MODEL BAHARU KAWASAN ESTET
Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani di Bestari Jaya akan
dijadikan model perumahan masa depan bagi kawasan estet. Projek ini
melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor,
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Berjaya Corporation Berhad
(BCB). Sebanyak 245 unit rumah teres setingkat bersaiz 750 kaki persegi
akan dibina di atas tanah seluas 20 ekar yang disumbangkan secara
percuma oleh BCB. Kos keseluruhan pembangunan berjumlah RM75 juta,
dengan Kerajaan Persekutuan menyumbang RM40 juta dan kerajaan
negeri RM35 juta. Setiap unit bernilai RM300,000 akan dijual pada harga
mampu milik RM45,000, dengan subsidi kerajaan sebanyak RM58.8 juta.
PR1MA dilantik sebagai agensi pelaksana, dan projek ini dijangka siap
dalam tempoh 24 bulan, tertakluk kepada kelulusan pembangunan.
PRR ini akan memberi manfaat kepada pekerja dari lima ladang: Ladang
Mary, Nigel Gardner, Bukit Tagar, Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.
PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK | 3

