Page 4 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 6/2025 Pembinaan Rumah Mampu Milik
P. 4

6 PROJEK PRR MELAKA DENGAN JUMLAH
                   2,011 UNIT RUMAH AKAN DIBINA


         Kerajaan Persekutuan merancang untuk melaksanakan pembinaan
         200 unit rumah di bawah Program Residensi Rakyat (PRR) di Bukit Katil,
         Melaka pada tahun 2025, sekali gus menambah bilangan projek PRR
         yang telah dilaksanakan di negeri itu.Setakat ini, lima projek PRR sedang
         dalam pelaksanaan di Melaka, melibatkan sejumlah 1,811 unit kediaman.
         Projek-projek ini termasuklah PRR Krubong dengan 600 unit, PRR Tehel
         dengan 500 unit, PRR Sungai Putat dengan 336 unit, PRR Tangga Batu
         dengan 120 unit, dan PRR Klebang dengan 255 unit. Kesemua projek ini
         dijangka siap pada tahun 2025.

         Terdapat juga harapan agar Skim Sewa untuk Beli dapat diperluas ke
         semua projek PRR di Melaka. Ini bertujuan untuk membolehkan penyewa
         memiliki rumah sendiri dan tidak perlu menyewa dalam tempoh yang
         panjang. Pada masa ini, Skim Sewa untuk Beli hanya diluluskan untuk
         pelaksanaan di PRR Krubong dan PRR Tehel bagi penyewa yang terlibat.





































         4  |  INISIATIF SEJAHTERA MALAYSIA MADANI 2025
   1   2   3   4   5   6   7   8   9