Page 5 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 6/2025 Pembinaan Rumah Mampu Milik
P. 5

6 LAGI PROJEK PRR AKAN DIBINA DI
                                    PAHANG





























         Pada Mac 2025, Dato’ Sri Haji Zulkifli Yaacob, Setiausaha Kerajaan Negeri
         Pahang, dan Datuk Wira M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian
         Perumahan dan Kerajaan Tempatan, telah menandatangani Memorandum
         Persefahaman (MoU) bagi menyerahkan pengurusan beberapa projek
         Program Residensi Rakyat (PRR) kepada Lembaga Perumahan dan
         Hartanah Pahang (LPHP). Langkah ini memperkukuh peranan kerajaan
         negeri dalam mentadbir projek perumahan mampu milik secara langsung,
         khususnya bagi manfaat rakyat Pahang yang berpendapatan rendah.

         Antara projek yang kini berada di bawah seliaan LPHP ialah PRR Pelangai
         di Bentong dengan 200 unit, PRR Luit di Maran dengan 54 unit yang telah
         siap daripada keseluruhan 100 unit, PRR Kuala Tahan di Jerantut dengan
         100 unit, PRR Inderapura di Kuantan dengan 100 unit, PRR Pulau Manis
         juga di Kuantan dengan 100 unit dan PRR Chendor yang turut terletak
         di Kuantan dengan 100 unit. Empat projek telah pun diserahkan kepada
         penerima manakala dua lagi iaitu PRR Kuala Tahan dan PRR Chendor
         dijangka siap menjelang penghujung tahun 2025. Penyerahan pengurusan
         ini membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memperkasa
         negeri untuk mempercepat akses rakyat kepada rumah mampu milik
         yang selesa dan berkualiti.


                                                PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK  |  5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10