Page 9 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 6/2025 Pembinaan Rumah Mampu Milik
P. 9
Kerajaan MADANI bakal melancarkan projek rumah mampu milik terbesar
di Pulau Pinang melibatkan sebanyak 38,000 unit yang dijadualkan bermula
pada bulan Jun ini. Projek berskala besar itu merupakan sebahagian
daripada Inisiatif Madani, yang menyasarkan golongan berpendapatan
sederhana. Pelaksanaan fasa awal ini dijangka memperkukuh agenda
kerajaan dalam menyediakan kediaman berkualiti pada harga berpatutan
khususnya bagi rakyat di utara tanah air.
Selain itu, kerajaan turut merancang pelancaran projek Bandar MADANI
pada hujung tahun ini yang akan menawarkan tambahan 13,000 unit
rumah mampu milik lagi. Keseluruhannya, sebanyak 51,000 unit rumah
akan diperkenalkan sepanjang tahun 2025 di bawah dasar Perumahan
MADANI, sejajar dengan usaha menjadikan pemilikan rumah lebih inklusif
dan lestari. Kedua-dua projek ini memperkukuh komitmen kerajaan
dalam memenuhi sasaran menyediakan 500,000 unit rumah mampu
milik menjelang akhir tahun.
PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK | 9

