Page 8 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 6/2025 Pembinaan Rumah Mampu Milik
P. 8
Setiap unit berkeluasan 924 kaki persegi dilengkapi kemudahan
kondominium dan dijual pada harga RM295,000 kepada golongan B40
dan M40. Projek ini adalah kolaborasi antara kerajaan dengan syarikat
pemaju Amber Homes Sdn. Bhd. dan Rimbun Gabungan Sdn. Bhd. yang
telah menerima sijil pematuhan dan penyiapan awal bulan tersebut.
Sehingga kini, seramai 62,968 unit telah disiapkan dan 93 projek masih
dalam pelaksanaan di seluruh Wilayah Persekutuan, membuktikan
sumbangan signifikan program ini dalam usaha kerajaan menyediakan
rumah mampu milik bagi rakyat Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya
Projek Perumahan Rumah Mampu Milik
Bakat Baru Madani
Rumah Mampu Milik Bakat Baru MADANI adalah sebuah inisiatif
perumahan berskala besar yang diperkenalkan di Pulau Pinang di
bawah payung konsep Malaysia MADANI. Projek ini direka khusus untuk
menyediakan kediaman mampu milik kepada golongan berpendapatan
rendah dan sederhana, terutamanya yang tergolong dalam kategori bakat
baru, graduan, dan pekerja dalam sektor perindustrian
PELANCARAN 38,000 UNIT RUMAH MAMPU
MILIK DI PULAU PINANG
8 | INISIATIF SEJAHTERA MALAYSIA MADANI 2025

