Page 10 - Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan
P. 10
PERUTUSAN
YANG BERHORMAT
MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK
MERANGKAP MENTERI
BERTANGGUNGJAWAB SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2023
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sarawak Maju Makmur dan Salam Malaysia MADANI.
Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini dianggap besar
signifikannya kerana sambutan ini melambangkan
genap 60 tahun sejak Persekutuan Malaysia direalisasikan
pembentukannya pada tarikh 16 September 1963 yang lalu.
Pemilihan Sarawak khasnya bandar raya Kuching
pada tahun ini amat bermakna kerana di sini jugalah
diadakan sambutan 50 tahun Hari Malaysia pada
tahun 2013. Kali ini, bandar raya Kuching sekali lagi diberikan
penghormatan sebagai tuan rumah untuk Sambutan Hari
Malaysia 60 tahun.
Sambutan Hari Malaysia merupakan satu detik penting
kerana memperingatkan kita satu penyatuan empat wilayah
ketika itu yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk negara
baharu Persekutuan Malaysia.
Tema “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” pada tahun ini
bermatlamat untuk memperkukuh keserasian perpaduan dalam kalangan rakyat
pelbagai latar belakang sosial, ekonomi dan peringkat umur agar kita dapat bergerak
“Segulai Sejalai” dalam usaha mengecapi kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan
sosial bersama.
Saya mewakili Jawatankuasa Induk sambutan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YAB Premier Sarawak atas
dukungan dan sokongan bagi penganjuran sambutan pada tahun ini. Terima kasih
atas kerjasama yang diberikan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital melalui
menterinya, YB Encik Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil yang juga merupakan Pengerusi
bersama.
Syabas dan tahniah atas persiapan rapi pada setiap peringkat Jawatankuasa sama ada
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan kelancaran majlis
pada tahun ini. Selamat Menyambut Hari Malaysia 2023.
Wabiillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
YB DATUK HAJI JULAIHI BIN HAJI NARAWI
10 SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2023

