Page 11 - Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan
P. 11

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN

                         HARI MALAYSIA (HKHM) 2023




              “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” telah dipilih
              sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.
              Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan
              Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat
              PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.


              HARAPAN Malaysia MADANI ialah  PERPADUAN sebagai kunci utama bagi
              memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan
              yang berteraskan kemampanan  budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan,
              kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.





                       LOGO HARI KEBANGSAAN DAN
                         HARI MALAYSIA (HKHM) 2023




              Pemilihan logo rasmi HKHM 2023 diambil daripada reka bentuk logo
              Malaysia MADANI yang unik dengan simbolik “tangan yang sedang diangkat
              untuk melafazkan ikrar Rukun Negara”. 

              Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan
              dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

              “Segulai Sejalai” merupakan frasa dalam bahasa Iban yang membawa maksud
              yang signifikan dengan konsep perpaduan dan aspirasi Malaysia MADANI.


              “Segulai” bermaksud bersatu dan bekerjasama di samping berpegang
              kepada pandangan yang sama. “Sejalai” pula membawa maksud berjalan atau
              melangkah bersama ke hadapan. Gabungan dua frasa kata ini adalah sama
              maknanya dengan frasa kata “Berjalan Seiringan”.












                                                                   SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2023    11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16