Page 9 - Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan
P. 9
PERUTUSAN
YANG BERHORMAT MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL
MERANGKAP MENTERI BERTANGGUNGJAWAB
SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2023
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Perpaduan dan Salam Malaysia MADANI.
Alhamdullillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-
sama meraikan sambutan Hari Malaysia bagi tahun 2023.
Sambutan Hari Malaysia amat signifikan dalam konteks
negara ini yang diwarnai dengan kepelbagaian serta keunikan
latar belakang rakyat.
Sambutan kali ini amat bertepatan dengan aspirasi
Malaysia MADANI yang mengangkat perpaduan sebagai kunci
utama kestabilan negara.
Seluruh rakyat tanpa mengira keturunan, suku kaum,
bangsa dan agama merupakan tonggak kemajuan serta
kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa,
berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati
dan ihsan.
Marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa cinta kepada negara dengan menelusuri
sejarah perjuangan negarawan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik
sehingga memerdekakan Tanah Melayu dan seterusnya membentuk negara Malaysia.
Penubuhan Malaysia yang terhasil menerusi perpaduan jitu antara pemimpin dengan
rakyat hendaklah terus dipertahankan.
Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang menjayakan
sambutan kali ini selaku Jawatankuasa Pelaksana dan seluruh warga Kementerian
Komunikasi dan Digital (KKD) selaku Jawatankuasa Induk.
Syabas juga kepada semua pihak yang mendukung semangat Segulai Sejalai dalam
merealisasikan sambutan Hari Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2023!
YB FAHMI FADZIL
9
SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2023

