Page 18 - Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 2023
P. 18

PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI








                Perpaduan Antara Penganut Agama


                Agama-agama lain di dunia juga hidup bertumpu di Malaysia seperti Kristian, Hindu, Buddha, dan ajaran
                Lao Tzu dan Kung Fu Tzu. Sebagai menghormati kepercayaan yang pelbagai, Perlembagaan Malaysia
                menjamin  kebebasan beragama, sungguhpun Islam  selaku agama yang paling ramai  penganutnya
                merupakan agama bagi Persekutuan.

                Keamanan dan rukun-damai amat penting, kerana untuk tiap 10 warga Malaysia terdapat 6 orang Islam,
                2 Buddha, 1 Kristian, dan 1 agama-agama lain, seperti Taoisme, Hinduisme, Sikhisme, dan pelbagai
                lagi. Keadilan dan kesaksamaan turut merangkum kepelbagaian dalam sistem kehakiman: Mahkamah
                Sivil, Mahkamah Syariah, dan Mahkamah Anak Negeri di Sabah dan Sarawak.

                Allah melarang kita daripada menghina sebarang sembahan penganut agama lain, kerana akan
                menimbulkan kemarahan, dendam dan kedengkian, hingga mereka membalas menghina Allah secara
                yang melampaui batas permusuhan dan dengan ketiadaan pengetahuan.

                Jelas bahawa sentimen mementingkan diri, semangat berpuak-puak dalam kezaliman, bermusuhan
                dan saling membenci tidak wajar digalakkan di bumi bertuah ini. Kita harus sedar bahawa aset kita
                yang paling mahal ialah warga Malaysia yang mengutamakan kerukunan, kedamaian dan kesepakatan
                dalam menghadapi pelbagai cabaran. Inilah sebenarnya hasrat tema Sambutan Maulidur Rasul SAW
                Peringkat Kebangsaan pada tahun ini iaitu Perpaduan Teras Malaysia Madani.



























                                                                17
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23