Page 13 - Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 2023
P. 13

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1445H BERSAMAAN 2023M






                                                Kata Alu-Aluan


                                               Ketua Pengarah

                          Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


                                                         (JAKIM)



                                                      ميحرلا نمحرلا الله مسب
                                                                               َ ْ
                                    َ  ّ َ  ْ َ ْ  َ  ْ  َ َ  َ ُ َّ َ  ُ َ  َّ  َ َ ْ َ  ّ َ  َّ ُ َ  ْ
                                                            َ
                                                                                             ْ
                                   انديس قلخلا فرشأ ىلع ملاسلاو ةلاصلاو نيلاعلا بر هلل دمحلا
                                                                              ِ
                                                 ِ
                                                                                     ِ ِ ِ
                                     ِ ِ
                                          ِ
                                                                     َ
                                    َ ْ َ ْ  َ  ْ َ َ    َ  َ َ  َّ  َ َ ْ َ ُ  َّ  َ   ُ َ َّ َ ُ
                                   نيعمجأ هبحصو هلآ ىلعو ملسو هيلع الله ىلص الله لوسر  ٍ دمحم
                                      ِ
                                                    ِ ِ
                                                                                     ِ
                                                                                 ِ
                                                                   ِ
                                            ِ ِ
                                                  هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلا
                Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar di hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW.
                Baginda SAW merupakan qudwah hasanah untuk dihayati setiap muslim sepanjang zaman sehingga
                nikmat Islam dapat kita rasai hingga ke hari ini. Semangat dan kecintaan kepada Baginda SAW ini
                bukanlah hanya perlu diterapkan ketika sambutan ulang tahun kelahiran Baginda SAW sahaja, tetapi
                perlu disemarak dan disemai dalam jiwa setiap umat Islam sebagai bukti ketulusan cinta kita terhadap
                Rasululullah SAW setiap masa. Penganjuran Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan
                merupakan wadah Kerajaan dalam memartabatkan syiar Islam dan mengiktiraf individu-individu yang
                telah menyumbang kepada pembangunan Islam di Malaysia khususnya.
                Sambutan Maulidur Rasul SAW juga adalah bukti kecintaan dalam menjaga pusaka yang ditinggalkan
                Baginda SAW iaitu al-Quran dan hadith. Amalkanlah sifat terpuji seperti sifat para nabi iaitu benar
                (siddiq), amanah, menyampaikan (tabligh) dan bijaksana (fatanah) serta diterjemahkan sifat ini di dalam
                kehidupan seharian kita. Semoga Islam menjadi agama yang disayangi serta dicontohi, bertepatan
                dengan ayat al-Quran bahawa Islam dan kerasulan Nabi Muhammad SAW pada akhir zaman adalah
                rahmat Allah kepada seluruh alam.











                                                                12
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18