Page 17 - Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 2023
P. 17
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1445H BERSAMAAN 2023M
bermurah hati, ramah-tamah, dan sukacita apabila orang lain meraih kejayaan dan kemakmuran.
Rasulullah SAW menganjurkan berbelas-kasihan dan sopan-santun dalam perhubungan. Sabdanya,
“Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
َ
ْ َ ُّ ُ َ َ َّ ُ َّ َ ْ ُ ُ َ ُ ْ َ
ُ
هسفنل بحی ام هیخلأ بحی ىتح ،مكدحأ نمؤی لا
ِ
ِ
ِ ِ
ِ
ِ
ِ ِ ِ
Maksudnya: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya
sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Riwayat al-Bukhari (13)].
Perpaduan Antara Kaum dan Bahasa
Menurut Sejarah, negara kita Malaysia terletak dalam kawasan yang dahulunya adalah sebahagian
daripada kerajaan Alam Melayu - Islam sebelum zaman penjajahan kuasa-kuasa Barat seperti Portugis
dan Belanda. Mulai akhir abad ke-18 hingga 19, kita dijajah oleh Inggeris (oleh Jepun antara tahun 1942-
1945). Dasar utama Inggeris adalah menggalakkan kedatangan kaum Cina dan India untuk bekerja di
negara ini, sebagai pembekal barangan keperluan atau komoditi kepada British dan negara-negara
Barat yang sedang pesat mengalami revolusi industri. Apabila kita merdeka sebagai Persekutuan Tanah
Melayu dalam tahun 1957, dan dengan pembentukan Malaysia bersama Sabah dan Sarawak dalam
tahun 1963, maka negara kita sekarang ini mempunyai komposisi kaum yang unik lagi istimewa, yang
mencerminkan bangsa besar dunia.
Dari sini terbayang kepelbagaian Bahasa : tahukah kita, bahawa warga Malaysia seluruhnya bertutur
dalam sejumlah 137 bahasa hidup? Sementara bahasa kebangsaan berperanan menyatukan kita,
Malaysia turut diperkayakan dengan bahasa Iban, Dusun, Tamil, dan pelbagai bahasa daerah selatan
China seperti Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Fuchow dan Hainan. Justeru peranan bahasa
kebangsaan yang amat penting untuk menjadi saluran perhubungan yang sejahtera pada peringkat
nasional. Hal ini turut disebut oleh Allah SWT dalam surah al-Rum, 30:22 yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan
bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-
tanda bagi orang-orang yang berilmu.”
Untuk itu, jelaslah bahawa dalam kesungguhan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
perpaduan, tiada bahasa dan bangsa yang dinafikan ruang dan peluang yang seadilnya.
16

