Page 16 - Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 2023
P. 16

PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI









                Demikian pelaksanaan seruan Perpaduan dalam surah an-Nisa’ (4:1) yang bermaksud:

                                Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah
                                   menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang
                                menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan
                                 juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan
                              perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
                              meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan
                                  (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa
                                                   memerhati (mengawas) kamu.



                Ayat tersebut memberikan panduan bahawa meskipun wujud kepelbagaian, namun masing-masing
                tetap  ada kewajiban  untuk mengusahakan perpaduan dengan yang lainnya, berdasarkan kepada
                hakikat sifat kemanusiaan, sama seketurunan dicipta-Nya daripada tanah daripada satu bapa dan ibu
                iaitu Adam dan Hawa’, sama-sama bersaudara biologikal seolah-olah abang, kakak dan adik beradik.

                Masyarakat Madani mampu mencapai kemajuan yang seimbang tanpa perlu membelakangkan orang
                yang berlainan warna kulit, berlainan kaum, berlainan bahasa, atau berlainan jantina.

                Saling Kenal Mengenali (Taʿāruf)

                Ke arah memperkukuh masyarakat Madani yang membangun dari segi kecerdasan minda dan kecelikan
                hati, sains, teknologi dan telekomunikasi, kita wajib untuk saling kenal-mengenali. Berkonsepkan
                Li-taʿārafū,  kesemua suku-kaum  dan  bangsa,  individu  lelaki  dan wanita, semuanya  satu keluarga
                manusia yang mulia, yang perlu hormatmenghormati dan saling melindungi antara satu sama lain.

                Kita harus menghargai perpaduan manusia yang hakiki, yang lebih utama daripada perbezaan luaran.
                Perbezaan luaran hanyalah suatu label untuk memudahkan kita mengenal ciri dan sifat-sifatnya, bukan
                untuk melakukan kezaliman dan penindasan.

                Nilai-nilai penting masyarakat seperti keamanan, kedamaian dan ketenteraman adalah antara anugerah
                tertinggi daripada Tuhan. Islam mewajibkan hubungan sesama manusia berdasarkan rasa belas-ihsan,
                kemesraan dan setiakawan. Ia menggalakkan sifat berlapang dada, saling memaafkan kelemahan,






                                                                15
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21