Page 14 - Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 2023
P. 14

PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI












              Tema Sambutan Maulidur Rasul SAW tahun ini “Perpaduan Teras Malaysia Madani” adalah bertepatan
              dengan teras strategik Malaysia Madani iaitu menjamin kesejahteraan insan yang ditunjangi prinsip adil
              dan ihsan. Ini juga adalah sebahagian usaha JAKIM sebagai institusi yang bertanggungjawab dalam
              menyuburkan risalah dakwah di Malaysia. Namun begitu, tugas dakwah ini bukanlah tugas individu
              sahaja, tetapi ia adalah tugas kita bersama walau di mana kita berada. JAKIM dalam hal ini sentiasa
              komited dalam melaksanakannya selari dengan dasar kewujudan JAKIM sendiri.

              Maka  pada  kesempatan  ini,  saya merakamkan  ucapan
              terima  kasih  kepada  rakan-rakan  strategik  JAKIM  yang
              telah bersama-sama saban tahun dalam merealisasikan
              penganjuran Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat
              Kebangsaan. “Serumpun bak serai, sesusun bak sirih”
              telah  membuktikan  kerjasama  erat  antara  semua telah
              menatijahkan sambutan yang gilang-gemilang ini dan
              berharap kerjasama ini berterusan di masa akan datang.

              Sekian, terima kasih.


              هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلاو ةيادهلاو قيفوتلا للهابو


              DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF






















                                                                13
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19