Page 9 - Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 2023
P. 9
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1445H BERSAMAAN 2023M
Kata Alu-Aluan
YAB Perdana Menteri
ميحرلا نمحرلا الله مسب ْ
َ ْ
َ َ
َ
ُ َ
ْ
َّ ُ َ
َ َ ْ َ
َ ُ َّ َ
َّ
ّ َ
َ
ْ
فرشأ ىلع ملاسلاو ةلاصلاو نيلاعلا بر هلل دمحلا
ِ
ِ
ِ ِ ِ
َ
َ
َ
ُ ْ
َ
ْ
َ ْ َ
َ ْ َ ْ
َ َ َ ْ َ ْ َ َ
نيعمجأ هباحصأو هلآ ىلعو نيلسرلاو ءايبنلأا
ِ ِ
ِ
ِ
ِ
ِ ِ
ِ
هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلا
Tanggal 12 Rabi’ al-Awwal saban tahun kita mengenang hari keputeraan Baginda Nabi Muhammad
SAW, seorang tokoh agung yang menjadi teladan buat umat manusia. Namun waspada, ini bukan
perayaan rutin tanpa sebarang makna, sebaliknya kita dituntut untuk memperingati serta menghayati
liku-liku perjuangan Baginda SAW dan mesej kemanusiaan sejagat yang digalas dengan keringat dan
air mata. Hanya apabila sesuatu bangsa itu diperingatkan dan disedarkan dengan sejarahnya, maka
barulah mereka bingkas berkeyakinan, punyai jati diri dan lebih berdaya saing.
Baginda SAW, yang juga manusia biasa (bashar) seperti kita jelas menjadi bukti perkara bahawa
yang paling bernilai dalam hidup ini adalah keluhuran budi dan akhlak pekerti. Risalah dakwah yang
disampaikan dengan penuh hikmah dibalas dengan makian tanpa sekelumit ihsan. Namun kesabaran
sang Nabi memadamkan api kebencian sebelum akhirnya membuahkan hasil apabila hadirnya
berduyun-duyun warga Mekah menemui Baginda SAW sambil mengikrarkan taat setia.
Komplot dan maki hamun oleh para elit penguasa Mekah tidak menghambat usaha Baginda SAW dalam
menggerakkan islah dan taw‘iyyah (conscientization) secara berterusan. Hasilnya, selepas 23 tahun,
Baginda SAW berjaya membina satu kekuatan baru yang mantap dan hampir tidak tertumbangkan.
Pemugaran identiti daripada etos kearaban yang sempit kepada pemusatan tauhid telah membawa
kepada berputiknya sebuah peradaban Madani di jazirah Arab yang kering kontang.
8

