Page 10 - Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 2023
P. 10
PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI
Dalam khutbah haji terakhir, Baginda SAW merumuskan bahawa tiap insan, biar apa sekalipun agama
dan bangsanya, masing-masing tetap harus dibela. Tidak lebih mulia seorang Arab ketimbang bukan
Arab dan sebaliknya, kecuali atas dasar taqwa. Kesedaran bahawa tiap manusia itu berasal dari Adam,
dan Adam pula berasal dari tanah menyerlahkan lagi tuntutan ketawadukan merentasi jalur kaum dan
ideologi.
Justeru, bersempena Sambutan Maulidur Rasul SAW ini harus kita tentukan di manakah kemajuan
akhlak kita dibandingkan dengan akhlak teladan Baginda SAW. Ingatan juga buat diri ini, bahawa harus
ada tekad untuk islah menegakkan keadilan dengan
sedaya upaya agar iltizam murni yang terbit dari damir
nurani yang dambakan kebaikan akan terus membara.
Akhirul kalam, saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) serta semua pihak yang telah
terlibat bagi menjayakan Sambutan Maulidur Rasul SAW
Peringkat Kebangsaan pada kali ini. Tema “Perpaduan
Teras Malaysia Madani” pada tahun ini membawa harapan
yang tinggi agar visi Malaysia Madani yang adil dan
makmur buat seluruh rakyatnya menjadi kenyataan. Saya
berdoa memohon agar Allah SWT memberkati segala
usaha ini dan moga-moga ia diterima sebagai amal soleh
di sisiNya.
Sekian
هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلاو ةيادهلاو قيفوتلا للهابو
DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
9

