Page 12 - Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 2023
P. 12
PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI
Sehubungan itu, usaha kerajaan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul SAW setiap tahun adalah
sebagai wadah dalam memartabatkan syiar Islam. Pengiktirafan yang diberikan kepada individu terpilih
pula adalah berdasarkan sumbangan besar yang telah berikan kepada rakyat dan negara khususnya
terhadap pembangunan Islam. Justeru saya amat optimis bahawa penganjuran Sambutan Maulidur
Rasul SAW ini akan memberi impak yang sangat baik dalam diri kita melalui penghayatan dan amalan
soleh dalam setiap aspek kehidupan seiring dengan sunnah Baginda Rasulullah SAW.
Saya juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan
penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua rakan
strategik JAKIM yang berjaya merealisasikan Sambutan
Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H
bersamaan 2023M. Semoga sentiasa diberkati dan dilimpahi
ganjaran di sisi Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلاو ةيادهلاو قيفوتلا للهابو
DATO’ SETIA DR. HAJI MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR
11

